Adunan 9 Makanan dan Rempah Ratus terpilih (Zaitun, Madu, Kurma, Delima, Habbatus Sauda’, Za’ffaran, Kayu Manis, Bunga Cengkih dan Garam Bukit Kristal) yang diproses secara setara dengan kaedah Simulasi Pencernaan dan Metabolisma serta dipertenagakan gema infrasonik untuk meningkatkan khasiat asal bahannya bagi membekalkan serat ringan kepada sistem badan
Jus Harmoni Xtra merupakan penyusunan amalan pemakanan sunnah melalui formulasi menggunakan Konsep Islamik Bio-Energiologi yang bersifat alamiah. Bahan yang digunakan semuanya mempunyai sumber khasiat yang bukan sekadar ujian eksperimen di makmal semata-mata malah ianya merupakan bahan yang sah dan pasti mempunyai khasiat yang terbaik sebagaimana dengan jelas termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Secara asasnya, Sistem tubuh manusia memerlukan 4 sumber utama untuk mengekalkan kesimbangannya iaitu Zat, Vitamin, Serat dan Enzim, sebarang kekurangan terhadap bahan asas ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pada sistem tubuh. Ini diburukkan lagi dengan senario pemakanan masyarakat awam pada masa ini yang telah terganggu dengan pelbagai bahan kimia dan proses kemodenan yang melampau. Jus Harmoni Xtra Infrasonik diformulasikan berdasar kajian melalui Konsep Islamik Bio-Energiologi oleh Makmal Islamik Bio-Energiologi (MIBE), dimana kombinasi formulasi dan kaedah pemprosesannya dikawal ketat kualitinya untuk mengekalkan keaslian Serat asal kombinasi sumber sumbernya.
Jus Harmoni Xtra diproses terus daripada sumber asal bahan, bukannya menggunakan pati bahan (paste) yang telah tersedia dipasaran seperti pati kurma, pati delima, pati zaitun dan sebagainya. Begitu juga dengan Madu Lebah dimana madu yang digunakan adalah madu asli tempatan yang beli terus daripada pencari-pencari madu secara pajakan terus.
Jus Harmoni Xtra diproses dengan memcampurkan bahan-bahan mentahnya secara setara dan berpasang-pasang dengan komposisi yang seimbang dimana setiap bahan mempunyai sukatan yang unsur yang berbeza-beza sebagai contoh kombinasi yang sesuai bagi madu ialah zaitun dengan komposisi 65% madu terhadap 3% zaitun, kesilapan komposisi ini akan menyebabkan nilai Serat asal bahan akan berubah terutamanya semasa proses pemanas atau peningkat suhu bahan. Jadi semasa pemerosesan akan mengambilkira kombinasi pasangan yang neutral barulah diadun keperingkat seterusnya.
Jus Harmoni Xtra langsung tidak mengandungi bahan pengawet, perisa, pemanis, pewarna dan pengstabil. Kajian Makmal Islamik Bio-Energiologi (MIBE), Institut Pengurusan Kesihatan Islam (IPKIM) menunjukkan penambahan bahan-bahan diatas akan menyebabkan nilai Serat asal bahan akan menurun dan malah jika dibiarkan dalam jangkamasa yang panjang akan menyebabkan reaksi tindakbalas kimia yang ketara sehingga menyebabkan makanan yang baik pada asalnya bertukar menjadi toksik rendah yang menyebabkan ketagihan bahan pada seseorang.
Jus Harmoni Xtra tidak menggunakan penambah keupayaan nutrisi (Enhancer) seperti Vitamin Tiruan, Pre-biotik, Mineral Tiruan (seperti kalsium, magnesium dsb). Penambahan bahan-bahan ini biasanya dilakukan kerana telah berlaku kemusanahan nilai-nilai asli Seratnya semasa proses yang disebabkan oleh jumlah/komposisi pencampuran bahan yang tidak sempurna, pemanasan melampau semasa proses dan penambahan bahan pengawet/pengstabil yang berlebihan. Namum semua ini telah ambil kira semasa proses penghasilan Jus Harmoni Xtra, akhirnya hampir 80% keaslian bahan asal dapat dikekalkan sehinggakan pada masa ini ianya unggul tanpa memerlukan bahan tambahan tiruan untuk mengelirukan fakta saintifiknya.
Jus Harmoni Xtra juga digabungkan dengan sifat elektron (tenaga asal bahan) melalui Konsep Islamik Bio-Energiologi, hasilnya penggunaannya amat menjimatkan dimana konsep “sikit mengcukupi, banyak membazir” dapat diaplikasikan, hanya dengan 5ml anda akan dapat merasai kesannya yang positif ke arah keseimbangan sistem kehidupan anda.
Membantu membekalkan Zat, Vitamin, Serat dan Mineral yang baik dan semulajadi kepada sistem tubuh sebagai pengimbangan bagi kekurangan sumber bahan tersebut untuk sistem tubuh melangsungkan aktiviti harian tanpa sebarang kesusutan nilai keseimbangan. Sebaliknya ianya juga bertindak sebagai agen detokfikasi atau nyahtoksid kepada sistem tubuh yang telah terbeban dengan bahan-bahan yang boleh mendatangkan kemudharatan semasa dan masa depan pada sistem tubuh.
>> Bagi Suplimen harian, 1 Sachet Jus Harmoni Xtra setiap hari sebagai sarapan pagi dengan tanpa mengambil apa-apa sarapan lain.
>> Bagi sokongan rawatan, sila dapatkan nasihat daripada Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang bertauliah.
AISAH BINTI AHMAD Dari NEGERI SEMBILAN successfully purchase "Jus Harmoni Xtra" 4 months ago